Monday, May 24, 2004

You know you're living in 2004 when...

1. You accidentally enter your password on the microwave.
2. You haven't played solitaire with real cards in years.
3. You have a list of 15 phone numbers to reach your family of 3.
4. You e-mail the person who works at the desk next to you.
5. Your reason for not staying in touch with friends is that they don't have e-mail addresses.
6. When you go home after a long day at work you still answer the phone in a business manner.
7. When you make phone calls from home, you accidentally dial "9" to get an outside line.
8. You've sat at the same desk for four years and worked for three different companies.
10. You learn about your redundancy on the 11 o'clock news.
11. Your boss doesn't have the ability to do your job.
12. Contractors outnumber permanent staff and are more likely to get long-service awards.

AND..............

13. You read this entire list, and kept nodding and smiling.
14. As you read this list, you think about forwarding it to your "friends".
15. You got this e-mail from a friend that never talks to you anymore,except to send you jokes from the net.
16. You are too busy to notice there was no #9.
17. You actually scrolled back up to check that there wasn't a #9.AND NOW U R LAUGHING at yourself.

Friday, May 7, 2004

This pic i got from my friend, the ghost appear when they take the pic using his camera phone...to believe or not?


Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.

Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tiba-tiba dia terdengar
satu bunyi... jeng! jeng! jeng!... bunyi.... aauuummmmm!!!!! Bunyi
harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba
Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri.

Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.

Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah
takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia
diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.


Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya.

Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam
perigi.

Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada
tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah
perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun
berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada
Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat,
tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa
kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh
ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah
ada buaya.

Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus
putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba
Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak.

Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar
lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit! cit!
cit! cit! sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.

Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa
buaya .
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali
putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...

Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya,
tetiba....
terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa madu. Si
hamba
Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu.

Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba
Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu
kata,
"Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya.
Subhanallah
sungguh sedap ni."

Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang
menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg
mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so
beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg
menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi
adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita
dan
kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam
tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur
kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu...,
madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat
dunia.

Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada
harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada
Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.

Astaghfirullah...


Monday, May 3, 2004

PADA satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik penyokong kerajaan mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, sukaduka,susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyayang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selau bertanya-tanya.

Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya tiga kali sahaja selama ni.”

"Tiga kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya. "Bagaimana boleh terjadi tiga kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama.

"Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank?"

"Ya, abang ingat peristiwa tu," jawab si suami.

Si isteri menyambung cerita.

“Abang pasti ingat yg pada satu petang tu maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman untuk abang mulakan perniagaan.."

“Emmmm..sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan Maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak," kata si suami.

“Kali ke dua pulak?" tanya suaminya.

“Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak abang tu, dan kita tak dapat buat apa apa sebab tak mampu biaya duit pembedahan?" si isteri menyambung cerita.

“Ya, abang ingat" jawab si suami.

"Kalau macam tu, abang pasti ingat yang Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan untuk abang tanpa bayaran apa-apa pun."

"Oh Maria, walau perit hati ini mendengarkan,tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak..yang kali ketiga macam mana pulak?" tanya si Tan Sri.

Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah.

“Abang ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...?"

Tan Sri pengsan kat situ jugak..!!

(taken from harakah daily)