Saturday, October 15, 2005

SPEAKING KELANTANESE.....



I took this picture from my friend website (http://estiesai.madpage.com/), you can go to his site for translation in Malay

Saturday, October 8, 2005

Saiful - Ku Juga Mencintaimu

Sukarnya untuk ku melupakan
Sinar matamu yang menawan
Terbayang-bayang tiap masa
Senyumanmu menggoda

Kehangatan terasa dijiwa
Tika kau lafaz kata cinta
Nafas terhenti seketika
Seakan sukar ku percaya..

ooh..ohh..oo..hoo..

Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
bukan sengaja ku menahan
bibir membeku lidah terkelu

ku juga mencintai dirimu
kau amat sempurna buat ku
bukan saja aku biarkan
kan ku ucap jua padamu

sukarnya untuk ku ucapkan
ku takut akan kehilanganmu
akan ku buat segalanya
untuk mu kekasihku

cuma satu yang belum terbuat
kalimah cinta kau nantikan
bila masa dan ketika
tidak dapat ku menjawabnya

ooh..ohh..oo..hoo..

Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
bukan sengaja ku menahan
bibir membeku lidah terkelu

ku juga mencintai dirimu
kau amat sempurna buat ku
bukan saja aku biarkan
kan ku ucap jua padamu

Semalaman...
ku menunggu panggilanmu
Pabila terdengar suaramu
ku terlupa segalanya

oo..oo hooo..

Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
bukan sengaja ku menahan
bibir membeku lidah terkelu

ku juga mencintai dirimu
kau amat sempurna buat ku
bukan saja aku biarkan
kan ku ucap jua padamu

kan ku ucap jua padamu....

Thursday, October 6, 2005

OUR FILMS AND DRAMAS

Points to ponder....

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan
syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja
menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu
adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih
kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan
oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak
logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga
kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat
polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota
polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis
berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti
orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit.
Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu
menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat
pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana
mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya
tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina
dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!!
Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara
wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada
baca akhbar semalam?" .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja
di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang
digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi
bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa
dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di
hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada
monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan
Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah
berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah
kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan
berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani
berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena
satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi
semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem
seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini
adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan
Filem....