Friday, October 10, 2003

while i'm surfing the internet today, i found one b.e.a.utiful sentance which i feel has a deep meaning for me. by the way, you guys can inteprete it on your own way that may meaningful for you, the sentence goes like this:

"Kadang-kala rama-rama lebih baik dibiarkan terbang ke udara. Kerana ia akan kelihatan lebih cantik terbang bebas di udara dari terkurung di dalam kotak kaca. Tetapi apabila ia terbang, ia mungkin akan hilang selamanya dari pandangan kita. Tapi keindahannya itu akan kekal di dalam ingatan kita buat selama-lamanya."

do tell me what do think about it...

Tuesday, October 7, 2003

just wanna share this jokes...

Tersebutlah alkisah,Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya.
Datang seorang pemuda lalu bertanya,

"Baguslah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak saya tanya beberapa soalan?
"Oh, boleh saja" kata gembala itu.Orang itu berkata, "Berapa jauh
biri-biri ni berjalan setiap hari?"
"Yang mana, yang putih atau yang hitam?" tanya gembala.
"Yang putih."
"Ah,yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari."
"Dan yang hitam?"
"Yang hitam pun sama."
"Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
"Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
"Yang putih."
"Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
"Dan yang hitam?"
"Yang hitam pun sama."
"Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
"Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
"Yang putih."
"Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar
enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
"Dan yang hitam?"
"Yang hitam pun sama."

Orang yang bertanya menjadi geram lalu bertanya,
"Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dgn yg hitam setiap kali nak jawab soalan saya,padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala itu menjawab,
"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
"Ooo, begitu," pahamlah si penanya tu,kalau yang hitam tu pulak siapa punye?"
"Yang hitam pun sama," kata gembala itu.

Thursday, October 2, 2003

hi guys,
it take a long time to update my blog. i'm pretty busy right now because having a midterm exam for the past few weeks and then got Society of Petroleum Enginneer (SPE) conference in Denver (which i think i wont go there...LAZY!!). but most of petroleum's students may have a week school break starting this monday...horray,horray (peace at last). one more thing to tell you guys, i got an interviews this week with Occidental Oil and Anadarko Petroleum,just trying to have my first internship.hopefully to get either of the company or both maybe..that gonna be awesome. by the way, here's one joke that my friend send it to me which quite funny, enjoy!! ::::

Pada 1985 adalah tahun kemelesetan ekonomi dunia.. begitu banyak syarikat kena tutup dan terjadilah masalah siswazah menganggur . Untuk mengurangkan tekanan kepada rakyat.. kerajaan telah membuat berbagai program, antaranya skim siswazah menganggur. Namun demikian, tindakan itu tidak dapat menampung lebihan siswazah terutamanya yang mengambil jurusan pertanian atau civil engineering. Nak dijadikan cerita.. adalah seorang siswazah menganggur dari UPM yang sudah berbulan-bulan mencari kerja, tapi tak dapat-dapat juga. Merata dia minta, tak dapat-dapat juga.. Dan kerana ekonomi meleset, Zoo Taiping pun kena effect dia juga, dah la orang kurang mai.. kena cut lagi budget dia. Entah macam mana , sekor orang utan kat zoo tu mati kerana kurang makanan. Tension juga la pengarah zoo ni pasai orang utan ni juga lah yang menjadi tarikan utama! pengunjung kesitu .. Ntah nak jadi rezeki siswa tu dia pi la mintak kerja kat zoo tersebut.. maka di interview la dia ni. Kepala pengarah zoo yang brilliant ni pun timbul satu idea... jeng.. jeng.. jenggg. Dia offer kat budak tu.. 'emmm ,mau dak kamu jadi orang utan ? Kerana susahnya dapat kerja ,budak tu pun sanggup la menyamar utk jadi orang utan. Tiap2 hari dia terpaksa la pakai sarung kulit menyerupai orang utan untuk memastikan pengunjung tetap tertarik ke zoo tersebut dan pihak zoo pun bagitau dekat orang ramai yang depa ada orang utan baru.. lebih cerdik lagi. Jadi ,ramai la orang mai nak tengok orang utan yang cerdik tu.. Depa bagi kali2 pun dia leh jawab ...(dia tulis atas tanah jawapannya ) So, income zoo tu pun increase gila laa. Satu hari, tengah dia dok buat aksi 'breakdance' seperti yang pengunjung suruh buat ,dia ter! jatuh dari atas kekandang buaya yang terletak bersebelahan. Fuhhh.. buaya dalam kandang tu pun melibas-libas gila la ekor dia sambil merangkak ke arah orang utan tersebut. Budak yang jadi orang utan tu pucat lesi... sampai terkencing-kencing dalam sarung tu. Buaya tu terus merangk ak dengan ganas kearah orang utan tu sambil mengangakan mulut dia.. Sappp!! kepala orang utan tu dah berada dalam mulut buaya tu . Tiba-tiba dia terdengar suara dari buaya tu....... pssttttt , jangan takut.. kami dari UiTM laaa.. kekekeke

Friday, July 11, 2003

wussup? nothing to say much coz i'm very busy studying for upcoming exam. i'm pretty bored already to do this piece of SHIT! anyway got some funny story to tell u guy bout chewing gum and why it's banned in s'pore...just read it:

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore.cakap pasal chewing gum dan Singapore nie.Ada satu cerita,Pm Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang,pm Singapore tanya Kat raja siam lepas makan udang ,apa orang thailand buat Dengan kulit udang? Raja Siam jawab: ?kami tak buat apa.kami buang aje? Pm Singapore: ooo kat Singapore ,kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?Lepas tu diorang makan limau plak.Pm Singapore Tanya lagi ?Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?? Raja Siam jawab ?kami tak buat apa,kami buang aje? Pm Singapore: ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand?Last sekali, diorang makan chewing gum.seperti biasa pm Singapore pun Tanya ?apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?? Raja Siam jawab ?kami tak buat apa, kami!
buang aje? Pm Singapore: ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle Jadik kondom, lpeas tu kami eksport ke Thailand? Raja Siam plak Tanya: ?apa orang singapore buat dengan kondom selepas digunakan?? Pm Singapore jawab: kami tak buat apa, kami buang aje.? Raja Siam: ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore? Erk! muka Pm Singapore jadik merah padam? dan sebaik
saja pm Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore

Thursday, July 10, 2003

i got 1 interesting story to tell you guys .....this story i received from one of my fellow CSM frens ( SHahir - thanks dude!)....please proceed to read it...have fun....
(Disclaimer : For 18 and above only)

Read till the end!!!........

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda....!! dengan berani menggelengkan kepala.

Jari- jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya.

Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya. Dia terus tersenyum dan anda memberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak!
Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya.

Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda.

Dengan senyuman yang tawar anda pun mengucapkan terima kasih kepada doktor, kerana mencabut gigi anda.
hehehehhehehehehe....................padan muka........kasi suspen