Sunday, January 30, 2005

another jokes:

Joke 1

pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan
sepasang suami isteri yang sedang tido. seorang
lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata
tajam ke arah si isteri.

prompak: sebelum kamu mati ku bunuh, sebutkan
namamu!!

ister: na... nama saya aishah

prompak: aishah?? nampaknya sama dengan
nama ibu aku. aku tidak boleh membunuhmu..

lalu di mendekati si suami dan sambil
mengacukan senjatanya ia berkata

prompak: sebutkan namamu, aku mesti tahunama
setiap orang yang menjadi korbanku

suami: namaku irwan... tapi.. semua orang
memanggilku aishah..


JOKE 2

Akibat jelingan ayah.!!

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang, jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya.Contohnya,jika ke kedai,kalau aku mengambil gula-gula,dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.
Ketika sedang rukuk,aku melihat kain pelikat tok imam tersepit dicelah punggungnya.Aku yang 'konon' ingin membantunya,terus menarik kain yang tersepit itu.Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.Aku
pun faham maksud nya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi.Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah.
Malam tu,berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.
Nanti dilatahnya habis batal sembahyang...