Another Sad Story.....
Kisah Kasih...
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun
lebih muda daripada
aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu
tangan yang menjadi
keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen
dari poket seluar
ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah
memanggil kami berdua.
Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding.
Aku menggeletar
melihat rotan panjang sedepa di tangan
ayah. "Siapa ambil duit
ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku
langsung tidak berdaya
menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua
kami membisu, cuma
tunduk memandang lantai. "Baik, kalau tak
mengaku, dua-dua ayah
rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan
untuk melepaskan
pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba,
adik menangkap tangan
ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil
berkata, "Saya yang
ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas
mengungkapkan kata-
kata itu, hayunan dan balunan silih berganti
menghentam tubuh adik.
Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau
perit menahan sakit,
setitis pun air mata adik tak tumpah. Setelah puas
melihat adik
terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah
mula belajar
mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan
kamu yang akan
memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas
mendakap adik. Belakangnya
yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.
Namun adik cukup
tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi
kesakitan yang
mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku
meraung sekuat hati, kesal
dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik
segera menutup
mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu
berkata, "Jangan
menangis kak, semuanya dah berlalu!" Aku
mengutuk diri sendiri
kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah
kerana mempertahankan
aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik
mendapat tawaran belajar ke
sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan
menyambung pelajaran
ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk
di bawah cahaya
lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu.
Aku terdengar ayah
berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang
dalam pelajaran. Abang
bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang...!"
aku terdengar ibu
teresak-esak. "Di mana kita nak cari duit
membiayai mereka?" Ketika
itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan
ayah dan
ibu. "Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah
bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan
merenung wajah emak,
kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg....sebuah penampar singgah
di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku
lakukan ialah menutup
muka dan menangis. "Kenapa kamu ni? Tahu tak,
kalau ayah terpaksa
mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan
lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia
takkan dapat membawa
keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku
memujuk adik tatkala
menyapu minyak pada pipinya yang
bengkak. "Kakak perempuan...biarlah
kakak yang berhenti." Tiada siapa yang
menyangka, dinihari itu adik
tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya
beberapa helai baju lusuh
yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan
mata, terdapat
sehelai kertas yang tercatat..... "Kak...untuk dapat
peluang ke
universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan
akan kirim wang buat
akak.." Apa lagi yang saya tahu selain meraung.
Ayah termenung, jelas
dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang
menggunakan air matanya
memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman
sebilik menerpa: "Ada
pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda
kampung?" bisikku.
"Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh
aku nampak adik
berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi
lumpur dan simen.
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik
yang datang!" Sambil
tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian
adik ni. Apa yang
akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu
saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut
mendengarkan jawapannya. Aku
cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir
di pipi. Aku kibas-
kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada
pakaian adik. Dalam
suara antara dengar dan tidak, aku
bersuara, "Akak tak peduli apa
orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik
keluarkan sepit rambut
berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada
rambutku sambil berkata
"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam
ni, saya beli satu
untuk akak.."Aku kaku. Sepatah kata pun tak
terucap. Aku rangkul
adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak
dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung
sementara menunggu konvokesyen.
Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak
seperti selalu.
"Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan
rumah sambut saya
balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang
kelmarin. Habis
tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya.
Cantik senyum adik.
Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya
tatkala memeriksa luka
pada tangannya. "Tak....Kak tahu, semasa bekerja
sebagai buruh
kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti
hujan menimpa
tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang
dirasa tidak dapat
menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apalagi...aku menangis
seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun.
Suamiku seorang usahawan
menawarkan jawatan pengurus kepada
adik. "Kalau adik terima jawatan
tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde
pelajaran. Biarlah
adik bekerja dengan kelulusan yang adik
ada." "Adik tak ke sekolah
pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa
sebut kisah lama, kak?"
katanya ringkas, cuba menyembunyikan
kesedihannya. Adik terus
tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani
setelah ayah tiada.
Pada majlis perkahwinannya dengan seorang
gadis sekampung, juruacara
majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda
sayangi?" Spontan
adik menjawab, "Selain emak, kakak
saya...."katanya lantas
menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku
ingati. "Semasa sama-
sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan
kaki ke sekolah.
Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat
saya hanya memakai
kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan
memberikannya pada saya.
Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di
rumah saya lihat akinya
berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-
balar." "Sejak itulah saya
berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa
saja demi
kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan
menjaganya sampai
bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru
ke pelamin,
mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung
bagaikan diserang
histeria.
No comments:
Post a Comment