Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan, Maka gemparlah satu negara berkenaan dengan tangkapan 100 orang remaja di sebuah disko terkenal di ibukota. Entah mengapa tiba-tiba pihak kerajaan begitu melatah untuk memperjuangkan kes ini. Persoalannya, mereka bukan mempertahankan tindakan JAWI yang bertujuan menyelamatkan akidah dan akhlak para remaja tersebut, sebaliknya mereka cuba menggunakan undang-undang atas
nama kebebasan rakyat Malaysia untuk menekan tindakan pihak berkuasa agama tersebut. Apakah malangnya nasib umat Islam di negara Islam
Hadhari seperti Malaysia ini. Jika penguatkuasa agama yang dilantik oleh mereka sendiri pun mereka ingin tentang, apatah lagi dengan sekalian rakyat yang lain. Justeru iktibar dari kes ini, jika hukum Allah itu tidak dilaksanakan ..maka segala yang menjurus ke arah itu dianggap jumud, taliban dan sebagainya akan ditentang habis-habisan oleh mereka. Apakah rahsia di sebalik kejadian ini. Ikuti edisi siasat CMK Online seterusnya.
Hari minggu yang lalu ,secara tidak sengaja maka Cucu terpandanglah
Salah seorang yang ditangkap oleh pihak JAWI itu membuat satu kenyataan
Di kaca TV berkenaan insiden tersebut. Tidak lain... tidak bukan beliau
Ialah penyanyi remaja Jeslina Hashim atau lebih dikenali sebagai Jes,
Mujurlah bukan Jesus !!!
Sungguh menyedihkan dan memilukan hati Cucu melihat kenyataan yang
Dibuat oleh Jes dalam rancangan Melodi di TV3 itu. Kenapalah penerbit
Melodi boleh memanggil orang seperti Jes untuk membuat kenyataan sedemikian. Antara lain beliau amat kecewa dengan tindakan pihak JAWI yang menangkap mereka ketika itu. Kononnya itu adalah hak mereka sebagai seorang remaja di sebuah negara demokrasi. "Sedangkan ibu bapa kami tidak menghalang kami untuk berhibur, kenapa pula orang lain seperti JAWI sibuk-sibuk untuk menjaga kami?.
Kebanyakan ibu bapa kami tahu di mana kami berada dan mereka tahu
Bila kami akan balik. Akibat tindakan JAWI menangkap dan tidak membenarkan kami berhubung dengan ibu bapa kami ianya bukan sahaja menyusahkan kami malahan juga para ibu bapa kami !!!" gertak Jes dengan nada keras ketika diinterviu oleh pengacara Melodi, Wahid Senario.
Apa yang lebih menyedihkan, orang seperti Jes menganggap itu hak
Mereka dan kebebasan mereka tidak perlu disekat oleh sesiapa sahaja waima pihak JAWI sendiri, iaitu badan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menjaga kesucian dan keharmonian agama dan umat Islam di negara ini. Siapakah ibu bapa Jeslina Hashim ini ? Kalau dulu di zaman baginda Rasullullah Cucu pernah mendengar nama "Bani Hashim" iaitu kabilah Arab yang terkenal pada zaman itu. Kini muncul pula "Jeslina Hashim" yang menjadi jurucakap untuk mangsa-mangsa tangkapan JAWI di sebuah disko terkemuka di ibu kota.
Sebut sahaja nama "Zouk", warga kota di Kuala Lumpur bahkan di
Seluruh negara yang "Kaki Disko" amat familiar akan nama tersebut. Bahkan Cucu sendiri tahu, apakah antara adegan dan sajian yang dipersembahkan kepada para pengunjung dalam sebuah pusat hiburan seperti disko itu. Antara lain ialah, pengunjung akan disajikan dengan hiburan berentak hip-hop,yang begitu keras, gamat dan memekakkan halwa telinga. Sambil para pengunjung akan berdansa, berjoget dan terkinja-kinja macam orang hilang akal sambil menari mengikut alunan muzik yang begitu mempersonakan kononnya.
Letih berdansa, ada sesetengahnya akan berehat seketika sambil Didatangi oleh para pelayan (waiter dan waitress) yang majoritinya adalah remaja Melayu (Islam). Apa yang agak berbeza hidangan di sebuah disko dengan restoran biasa ialah air syaitan "arak" yang dijual adalah lebih murah dari air minuman seperti "Coke" dan sebagainya. Bahkan kalau dibandingkan harganya antara coke dan arak, bezanya hampir tiga kali ganda.
Maka akibat mahukan khayalan yang luar biasa, majoriti pengunjung akan memilih air "syaitan Iblis" itu untuk diteguk !!! Maklumlah mereka juga sedang berada di rumah Iblis sebenarnya. Lazimnya air minuman yang kononnya tidak memabukkan hanyalah air "Coke" sahaja. Apa yang Cucu difahamkan, sebenarnya air coke yang disajikan itu juga telah dicampurkan dengan arak supaya ianya boleh mengkhayalkan. Itulah adalah mesej utama tauke-tauke disko ini, iaitu memberikan khayalan luar biasa kepada para pengunjung. Biasanya bagi pengunjung tetap seperti Jeslina Hashim, mereka
tidak akan memilih coke, sebab air itu tidak ada "umpphhh" atau "kick". Kata
orang muda di situ "Apa kelas minum coke, nak minum coke balik rumahlah ..
Jangan datang ke disko !!!"
Hanya pengunjung yang jarang-jarang atau pertama kali dating sahaja yang
akan minum "coke", terutamanya bagi mereka yang tidak boleh meneguk air "Haram Jadah" itu. Adegan lain yang biasa Cucu dengar dalam disko pula ialah , apabila sudah
khayal dengan tarian, irama yang mengasyikkan, tegukan air "haram" maka para remaja lelaki dan perempuan ini akan lupa siapakah diri mereka?
Mereka lupa bahawa mereka orang Islam !!!! Mereka lupa bahawa mereka ada
agama !! Mereka lupa mereka akan kembali menghadap Allah !! Mereka lupa
mereka akan mati ! Mereka lupa di mana mereka berada sebenarnya !!!
Akibat lupa dan alfa inilah mereka bebas bercampur gaul antara lelaki dan wanita. Berpelukan, memakai pakaian yang menjolok mata macam Jeslina Hashim, berciuman, merokok dan sebagainya. Pendek kata, hanya mereka yang datang ke disko sahaja yang akan mengetahui apa yang berlaku sebenarnya. Dan susulan dari pada itu, biasanya sesebuah disko akan ditutup pada sekitar jam 2 atau 3 pagi. Tetapi bagi ibukota metropolitan seperti Kuala Lumpur, terkadang ia berlarutan hingga sekitar jam 5 pagi. Ianya bergantung kepada hubungan tokey disko dengan pihak berkuasa yang menjaga
Sesuatu kawasan tersebut. Jika hubungan mereka intim dan akrab "ada under table lar
tu" maka bolehlah mereka menjalankan operasi melebihi had masa yang ditetapkan.
Kita lihat pula apakah adegan yang akan berlaku selepas keluar dari disko di awal pagi terutamanya bagi remaja perempuan. Maka dalam keadaan mabuk dan khayal itu, ada sesetengah mereka akan mengikut ke mana sahaja destinasi yang akan dibawa oleh "Boyfriend" pasangan mereka. Andai dibawa balik ke rumah ibu bapa mereka , Alhamdulillah ..adegan seterusnya tidak berlaku. Tetapi kebanyakan daripada mereka ini sebenarnya akan mengikut "si jantan" untuk balik ke rumahnya atau pun mereka bermalam sahaja di hotel-hotel bertaraf "bintang" supaya sukar untuk dijejaki oleh
Pihak berkuasa agama.
Maka apa yang berlaku selepas itu ? Pastinya kita sudah dapat meneka iaitu adegan yang lebih "mengghairahkan" akan terjadi. Mereka akan melakukan perbuatan itu sehingga mentari subuh memancarkan cahayanya. Mereka akan dihantar pulang oleh pasangan masing-masing setelah tersedar dari "lamunan terhenti" pada keesokan harinya.
Memang kita tahu ,mungkin orang seperti Jeslina tidak terlibat hingga ke peringkat yang Cucu maksudkan tadi. Tetapi inilah senario yang berlaku bagi para remaja yang sering berkunjung ke pusat-pusat hiburan seperti itu.
Persoalannya di sini, salah atau tidak berkunjung ke pusat hiburan ini ? Salah atau tidak pegawai JAWI membuat operasi dan membuat tangkapan terhadap 100 remaja tersebut. Cucu difahamkan pada malam itu telah diadakan "Tarian Bogel / Separuh Bogel" yang melibatkan remaja perempuan Islam. Sememangnya adegan ini akan dapat kita saksikan di pusat-pusat hiburan seperti itu. Setiap minggu mereka akan adakan "Malam Untuk
Wanita" iaitu "Ladies Night" maksudnya pengunjung wanita yang hadir pada malam
Itu tidak akan dikenakan apa-apa bayaran pun untuk masuk ke pusat hiburan terbabit.
Maka ramailah para remaja wanita yang terdiri di kalangan remaja Melayu akan berbondong-bondong mememenuhi setiap inci ruang di dalam disko itu. Mereka ini akan jadi habuan kepada para lelaki yang bebas memilih pasangan yang mereka inginkan, hinggalah membawa ke adegan di ranjang !!!
Bahkan bagi menarik lebih ramai pengunjung, pihak disko juga akan mengadakan acara bulanan dan tahunan termasuklah pertandingan Wanita Paling Seksi "Sexy Woman". Cucu difahamkan untuk pertandingan ini, setiap pengunjung wanita yang ingin menyertainya perlulah berpakaian seksi, kemudian akan dipanggil seorang demi seorang untuk naik ke pentas bagi memperagakan keseksian tubuh badan mereka sambil diiringi oleh irama muzik yang mengkhayalkan. Adegan ini sebenarnya saling tak tumpah
Seperti 'Tiger Show" yang sering diperkatakan oleh kebanyakan orang sebelum ini.
Maka salahkah pihak JAWI menyerbu dan menangkap para remaja terbabit? Siapakah ibubapa remaja ini ? Pastinya mereka adalah terdiri dikalangan golongan korporat. Bagi remaja perempuan, ibubapa tidak semestinya korporat setakat untuk pergi ke disko, apa yang penting mereka mestila ada rupa, ada gaya, ada penampilan, ada keseksian, pandai melayan jantan-jantan yang dahagakan tubuh badan .. maka mereka akan dipelihara pula oleh anak-anak orang yang berharta ini. Dalam erti kata lain mereka akan "disponsor" oleh pihak terbabit untuk memuaskan nafsu mereka. Justeru itulah kita lihat pengunjung disko terutamanya remaja perempuanketika ini , lebih ramai terdiri dikalangan ibubapa mereka yang berpendapatan rendah sebenarnya. Itu belum lagi diambilkira mereka yang dibela oleh tokey-tokey Cina atau "Sugar Daddy" dikalangan korporat terbabit.
Cuba kita ingat balik dalam kes pembunuhan "Norita". Mungkin apa yang Cucu cerita ini ada persamaan dengan kes beliau itu, kerana beliau dkatakan bekerja sambilan sebagai GRO di pusat hiburan , yang mana adegan yang dipaparkan lebih kurang sama dengan apa yang Cucu sampaikan ini. Selaras dengan dasar kerajaan untuk menerapkan nilai-nilai Islam Hadhari kepada rakyat Malaysia, maka cuba mereka fikirkan dengan "kepala
hotak" mereka, adakah adegan seperti yang Cucu perkataan ini harus dibiarkan begitu sahaja. Siapakah yang meluluskan lesen pusat-pusat hiburan terbabit ? Apakah bukti yang mengatakan mereka yang berkunjung ke tempat seperti ini bertujuan untuk mencari ketenangan dan tidak perlu dikacau ganggu oleh pihak berkuasa agama ? Kalau beginilah dasar "Double-Standard' yang diguna pakai oleh kerajaan Islam Hadhari , maka sudah tidak salah dan syak lagi !!! Konsep Islam Hadhari ini perlu ditentang habis-habisan !!!
Jika tidak, sudah pasti generasi muda Malaysia termasuk anak-anak Cucu kita akan terus
rosak akhlak mereka. Apalah motifnya menyuruh "Islam Hadir Dalam Diri" ? Jika dalam masa yang sama keadaan sekeliling tidak menjurus ke arah itu. Apalah ertinya Islam Hadhari , jika pihak JAWI yang mengadakan operasi untuk memperbaiki akhlak dan mengembalikan para remaja Melayu Islam ke jalan yang benar akhirnya mereka pula dipersalahkan !!! Apakah beberapa orang kanan JAWI aka menerima nasib yang sama seperti Bekas Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom dalam kes "Wanita Melayu Menyertai
Pertandingan Ratu Cantik" di sebuah disko yang dikenali sebagai "The Ship" sesuatu
Ketika dulu ?
Syabas kepada pihak JAWI dan syabas juga kepada anda yang prihatin akan nasib anggota JAWI ini. Biarkan mereka ini menggunakan perundangan untuk mencabar kuasa yang ada pada JAWI !! Biarkan Puteri UMNO serta para-para menteri turut sama mempertahankan para remaja yang sudah rosak akhlaknya ini. Mungkinkah para menteri ini juga sama, sudah rosak akhlaknya ..lantaran menyokong tindakan tersebut yang jelas bertentangan dengan agama Islam !! Apalah gunanya sambutan Maal Hijrah ..jika pelaksanaan hokum Allah di muka bumi ini ditekan sebegitu rupa. Kerajaan bertindak pantas apabila perkara ini berlaku tetapi menutupkan mata apabila tahanan ISA
didera, apabila ianya melibatkan rakyat Malaysia yang berada dalam saf pembangkang.
Apakah dasar yang digunakan oleh kerajaan Islam Hadhari ini gamaknya!
Akhir kalam, sedarlah Cucu kenapa pihak kerajaan terutamanya bapak menteri sibuk-sibuk sangat nak mencampuri urusan JAWI ini. Cucu ingatkan mereka kasihan melihat Jeslina Hashim, si artis genit berdahi licin, cantik molek itu. Rupa-rupanya .. rahsia besar mengapa kerajaan terpaksa campur tangan dalam kes ini ialah .. al-kisah terdapat dua orang anak menteri UMNO yang turut ditangkap oleh pihak JAWI pada malam tersebut. Patutlah mereka ini begitu melenting rupanya. Namun siapakah menteri terbabit ...
Tunggu laporan edisi siasatan Cucu yang selanjutnya selepas ini.....
"Keadilan Untuk Semua, Teruskan Agenda Perubahan Demi Agama Bangsa Dan Negara"
Salam Perjuangan,
CUCU MAT KILAU
Anak Watan Jengka
1 comment:
I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! hard drive crash Blackman middle school Mesotherapy and aesthetic center in miami irs 401k loan Eye laser surgery works wyoming Blacksburg virginia aston martin cars for sale accelerate harddrive Credit score trw deleting hard drive Ionamin belgie Site www.eurosex-parties.com groupsex 59 cadillac convertible homeowners associations meeting minutes Buick air cleaner
Post a Comment