Bismillaahirrahmaanirraheem...
Alhamdulillah,segala puji bagi Allah kerana limpah kurniaNya aku masih lagi dikurniakan saki baki umo utk meneruskan idup ini.Paling penting sekali dua nikmat yg telah Allah kurniakan padaku iaitu nikmat iman dan Islam.Berckp pasal idup ni,teringat aku pada kisah seorg pelajar dari sekolah agama di Seremban yg meninggal dunia kerana dibelasah oleh senior di sekolahnya.
Maha Suci Allah,Allahyarham Mohd Farid Ibrahim ni sebenarnya rapat dgn ahli keluarga aku.Allahyarham dulu bersekolah rendah di sekolah lamaku iaitu Sek Ren Islam As Saidiyyah,Seremban.Actually arwah sebaya dgn adik aku.Tp since adik aku lompat setahun,so adik aku kira awal setahun dari dia.Nak tunjukkan Allah tu Maha Berkuasa,adik dia plak satu batch ngan adik bongsu aku yg skrg ni dlm darjah 4 di As Saidiyyah gak.
Mak aku ngan arwah ni agak rapat gak la.Pertamanya sbb arwah ni dulu naik bas sekolah yg mak aku uruskan.Kebetulan plak mak aku diamanahkan oleh pentadbiran sekolah menguruskan kantin sekolah tu.So arwah ni selalu la makan kat kantin tu.Masa urusan jenazah arwah pun,famili aku ada pegi ziarah keluarga dia.
Cuma aku tak bernasib baik tak sempat berkenalan ngan arwah sbb aku duduk asrama.So aku tak berapa kenal sangat member2 adik aku ni.Ikut apa yg mak aku ckp,arwah ni anak keempat daripada 5 adik beradik.Dia anak laki sulong dlm famili tu.Mmg anak harapan keluarga dia.Mak aku kata arwah ni mmg wara' dan tawadhu'.Actually sume produk As Saidiyyah cam tu,kecuali aku je sbb hati aku gelap sket.Tapi apa yg aku ckp ni mmg betul,mostly produk dari sekolah tu mmg menjadi.Mungkin sistem tarbiah sekolah tu mantap.Sepanjang ingatan aku kat sekolah tu dulu,mmg terasa bezanya ngan sekolah lain.In fact biah (suasana) di KISAS pun tak se'islamic' di As Saidiyyah tu.Tapi nak buat cam mana,sekolah tu masih kekurangan bantuan kewangan dan tenaga pengajar.So time aku dulu,cuma ada sekolah rendah je.Nak masuk sekolah menengah kena pindah sekolah lain.Recently baru la derang berkemampuan buat sekolah menengah.
Ikut laporan newspaper,arwah ni bercita-cita nak jd ahli falak.Mak aku kata antara sbb dia pindah ke sekolah agama lain tu sbb sek As Saidiyyah tu takde peruntukan yg cukup utk pelajar lepasan PMR.Tapi kalau ikut laporan paper katanya dia pindah ke sekolah lain sbb keluarga dia tak mampu nak bayar yuran kat As Saidiyyah.Mungkin juga ada benarnya sbb As Saidiyyah tu sekolah swasta.Skrg aku nak citer hal sebenarnya cam mane kisah arwah ni kena pukul.Citer ni adalah daripada perbualan aku ngan mak aku yg berbual ngan mak arwah.Mak arwah ada la jumpa kengkawan arwah ni utk tanya citer sebenar.Pastu pak cik aku plak ada kengkawan dia yg keja di Jabatan Pendidikan NS.So kes ni mmg org2 di jabatan pendidikan tau la sbb laporan diserahkan ke sana gak.
Arwah ni dah lama kena buli,since dia mula2 masuk dia dah kena buli dah.So satu hari ni senior dia kejutkan dia pukul 3 pagi nak pinjam cerek letrik dia.Ikut apa yg mak aku ckp,dia tanak kasi sbb cerek tu mak dia belikan.Sayang tul arwah ngan pemberian mak dia ni.Kerana sayangkan mak nyawa tergadai.Reason lain derang pukul arwah ni sbb derang jeles si arwah ni ramai cikgu sayang.Arwah ni ada la wakil sekolah dlm beberapa pertandingan dan selalu jd imam waktu solat berjamaah di surau.So senior ni bengang la arwah ni fames.Cikgu sket2 sebut nama arwah.Derang berbulu la.Zalim betul senior2 yg pukul arwah tu.Tapi kalau cerek tu dia tak kasi pinjam pun aku leh paham.Biasala senior2 ni,kalau pinjam barang mmg akan jd milik derang terus la.So pada pagi weekend tu ada aktiviti ko kurikulum.Mak aku kata senior2 tu join kadet.Lepas je abis aktiviti tu,dlm pukul 10 pagi derang panggil arwah ni dan belasah dia ramai2.Sblm dia dibelasah,kaki dan tangannya diikat.Maknanya dia tak leh nak cover badan dia daripada dipukul langsung.Mmg kena pukul open la.Tak leh nak self protect langsung.Masing2 still pakai but kadet.Korang bayangkanlah kalau kena belasah dgn but keras.Mmg sakit gile la.Tak heran la pundi dia leh pecah.Yg paling beraninya senior2 ni derang belasah depan junior2 lain.Maknanya derang bukan belasah sorok2.Cam time aku kat sekolah dulu,derang pi kat bilik kosong pastu belasah budak tu reramai.Tapi kes ni dia belasah kat depan org ramai.Tp budak2 ni tak berani nak tolong sbb senior2 tu gangster gile.Warden plak takde masa tu.Mmg bermaharajalela lah senior2 tu.Mak aku kata dua baldi pecah sbb digunakan utk belasah arwah tu
Lepas arwah ni kena pukul derang letak arwah ni bawah katil.Kira cam nak sorokkan la jgn kasi warden nampak masa warden dah balik.Lepas senior2 tukar baju sume,arwah ni still tak bermaya lagi.Derang biarkan je.Member2 arwah ni la yg letak minyak gamat kat kesan lebam2 di badan arwah ni.Yang paling menyedihkan,masa dia buang air kecil kuar darah.Kesian gile aku dgr.Member2 dia kena papah dia dari bilik air ke dorm.Memandangkan arwah ni still tak bermaya,senior2ni dah mula panik.Derang tukarkan baju si arwah ni dan angkat dia letak di bilik air.Pastu derang terus pi jumpa warden dan repot kata arwah terjatuh di bilik air.Keji betul.Dahla belasah anak org,pastu menipu lagi.Peracangan syaitan,biasa la.Tgk je la kisah Habil dan Qabil cam mane.Bijak sungguh syaitan ni.Banyak lagi kisah2 cam ni yg diriwayatkan dlm buku2 sirah.Kisah2 wali yg ditipu syaitan melambak gile.So kita sambung balik.Jadi warden ni tak risau sangat la sbb ingatkan jatuh biasa je.So warden ni bawa arwah ke bahagian pesakit luar dlm tgh hari gitu la.Bayangkanlah after a few hours kena belasah baru nak bawa ke spital. Hanya Allah je tau apa yg arwah ni rasa time tu.
Bila doktor check,tgk2 ada banyak kesan lebam.Lebam yg teruk2 plak tu.Doktor tak caya arwah ni jatuh kat tandas.Terus doktor tanya warden apa hal yg sebenar.Warden kata la dia jatuh kat tandas.Tapi bila doktor kata kalau jatuh takde la kesannya teruk cam tu.Doktor terus scan otak dan badan dia.Mmg teruk gak la.Tempurung otak dia retak or pecah.Pundi kencing pecah.Ish tak sanggup aku nak citer lagi.Byk sangat organ yg rosak.Tapi Allah lebih sayangkan arwah dulu.Tak sempat doktor nak rawat dia,dia dah dijemput dulu.Ikut apa yg mak aku ckp,yg belasah tu mmg 8 org je.Lagi 6 org tu tolong cover line kot2 ada cikgu atau warden dekat2 situ.Yg ketua gangster plak budak dari KL ngan Selangor ni.No offense pada org dari Lembah Klang.Aku cuma citer apa yg mak aku dgr je.Sbb budak2 lain tu budak2 kg dari N9.Budak2 kg ni ikut pengamatan aku derang ni tak berani nak mencuba berbanding budak Bandar.So kalau ada org start,dia akan jump in je.Seriously aku takde niat nak offend budak2 Lembah Klang.Ada je budak2 Lembah Klang yg baik dan wara'.Alhamdulillah bagus2 je.Cuma point aku budak2 dari bandar ni akhlak derang kurang molek sket la.
No comments:
Post a Comment